WAKTU SOLAT

Sunday 12 February 2012

KEJADIAN KREN JATUH DI KUALA LUMPUR


10.2.2012.KUALA LUMPUR: Seorang pemandu nyaris maut selepas kren menghantar barang terjatuh menghempap empat kereta termasuk belakang keretanya dalam kejadian di Jalan Binjai Off Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ketika kejadian, lelaki itu yang memandu Toyota Harrier dalam perjalanan ke KLCC untuk mengambil majikannya apabila tiba-tiba melihat sebuah kren menghantar barang pembinaan dari bangunan pejabat 35 tingkat jatuh menghempap beberapa kereta di kawasan itu termasuk Proton Wira, Proton Satria dan Perodua Kelisa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai, Eric, 50, berkata ketika memandu sendirian berhampiran tempat kejadian, dia mendengar bunyi kuat dan melihat objek jatuh.

“Jatuhan pertama terkena sebuah kereta lain dan saya sempat mengelak, namun jatuhan besi kedua terkena tengah-tengah kereta saya.

“Akibat kejadian itu, kereta saya rosak teruk, namun bersyukur kerana tidak cedera,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia keluar menyelamatkan diri dan meninggalkan kereta di kawasan kejadian.

Seorang saksi yang juga pengawal keselamatan sebuah hotel berdekatan, Mohamad Noor Ibrahim, 50, berkata ketika menjalankan tugas di depan hotel, dia dikejutkan dengan bunyi kuat berserta jatuhan objek besi menghempap beberapa kereta.

Katanya, sebelum kejadian, dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta untuk merokok dan lima minit kemudian tren itu terjatuh. << LELAKI INI BERNASIB BAIK

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, jatuhan kren itu menyebabkan empat kereta rosak teruk termasuk sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.

Katanya, bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.23 tengah hari dan 15 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Pudu bergegas ke tempat kejadian.

“Kami masih menyiasat punca kejadian dan ketinggian jatuhan kren itu,” katanya.

Akibat kejadian itu, jalan di kawasan terbabit ditutup beberapa jam untuk proses pembersihan dan dibuka semula jam 5 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

Gambar Kejadian Kren Jatuh
By Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur































MYENTRY: SYUKUR TIADA KEMALANGAN JIWA

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by MyEntry - Premium Blogger Themes | Bluehost Review