WAKTU SOLAT

Sunday 22 April 2012

EX-STORM.

APA ITU EX-STORM.?

iaitu SENARIO latihan sebenar dengan perancangan dan peralatan serta situasi hampir 100% sama seperti kejadian sebenar. situasi yang dirancang JBP(Jabatan Bomba & Penyelamat ) dalam Latihan Mekanisme Tindak Balas dan Operasi Pasukan Khas (Ex-Storm) . Dalam operasi ini ia membabitkan penyertaan 500 pegawai dan anggota JBP serta kakitangan beberapa agensi lain.

Penolong Ketua Pengarah Operasi JBP, Datuk Soiman Jahid, berkata latihan itu bertujuan menguji kecekapan pasukan berdepan kejadian membabitkan memadam kebakaran, mengendalikan bahan kimia bahaya serta mencari dan menyelamat dalam runtuhan bangunan.

"Kita mewujudkan situasi menyerupai keadaan sebenar dengan tidak memaklumkan kepada pegawai dan anggota termasuk yang dipanggil dari negeri lain bahawa kejadian itu hanya latihan semata.!"

sumber dari  FB BombaMalaysia















Jenis-Jenis Khemah

Khemah
Dalam perkhemahan mahupun berkhemah...khemah adalah benda yang paling penting....khemah adalah alat perlindungan diperbuat daripada kain, kanvas, atau bahan-bahan lain yang boleh digerakkan...dalam erti kata lain khemah adalah perkara utama dalam aktiviti berkhemah...
sumber: blog  FLOAdventure

Jenis-Jenis Khemah
1- Khemah “A” tanpa helaian terbang (single walled tent)
2- Khemah “A” berhelaian (double walled tent)
3- Khemah pengembaraan (explorer tent)
4- Khemah tiang satu
5- Khemah berangka (Pelbagai jenis)
6- Khemah Igloo
7- Dan berbagai-bagai lagi model serta jenis dipasaran mengikut kemampuan masing-masing.

khemah dan warna juga memainkan peranan dalam penyamaran
Ciri-ciri khemah yang ingin dipilih


1- Perlindungan
2- Keselesaan
3- Kalis air
4- Tahan lasak
5- Ukuran
6- Harga
KHEMAH NAK SAVING TAK NAK BAYAR SEWA TAPAK..
PENYAMARAN BERKHEMAH ATAS PETAK PARKING KERETA
 
Pemilihan Tapak Perkhemahan
1- Corak perkhemahan yang dipilih ataupun aktiviti yang terlibat.
2- Jangkamasa berkhemah.
3- Bilangan peserta yang terlibat.
4- Alam sekitar, pergunungan, hutan dan sebagainya.



KHEMAH LABU GANTUNG ATAS POKOK..






Tatacara Perkhemahan
1- Berkhemahan dalam kumpulan kecil.
2- Rancangkan aktiviti anda untuk mengurangkan sampah, jauhkan botol dari tin.
3- Bawa keluar apa yang anda bawa masuk.
4- Ikut trek yang sedia ada jangan merentas sesuka hati.
5- Kecilkan tapak perkhemahan, jangan musnahkan tumbuh-tumbuhan.
6- Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang lain.

HAMMOCK SIAP DENGAN JARING ELAK NYAMUK SESUAI UNTUK KAKI PANCING TENGOK JORAN






KHEMAH GANTUNG SESUAI BERKHEMAH ATAS PERMUKAAN BERAIR .
































dalam khemah ade motor







siap boleh bawak mauk hutan lagi..


bergaya disamping motor kesayangan.

Saturday 7 April 2012

Drama Gagal Bunuh Diri

Tahniah la Bomba kerana bagi penjenayah ni takut terjun 
kejadian berlaku di Hotel Crystal Crown klang.. hahaha... lawak betul la.. kiranya penjenayah pun takut nk bunuh diri.. Agama kita agama islam bunuh diri itu dilarang dan tidak akan dapat mencium bau syurga... ingt!!!


sedikit video dari Youtube pihak bomba gagalkan drama bunuh diri ini 


















Bomba Gagalkan Drama Bunuh Diri - YouTube

Pemuda Tada Tempurung Kepala



         Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk ‘makhluk asing’, namun, ia tidak mematahkan semangat Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Jalan Rantau Panjang Lama, dekat sini, untuk meneruskan kehidupannya.
Bayangkan, bahagian hadapan kepalanya yang berbeza berbanding insan normal menyebabkan ada kanak-kanak menangis apabila terserempak atau melihatnya dari dekat.

Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, dia mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan mampu mendendangkan lagu Hindustan dengan baik walaupun rangkap dinyanyikan tidak sepenuhnya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu mampu menceritakan secara terperinci kemalangan menimpa dirinya tiga tahun lalu yang menyebabkan separuh tempurung kepalanya dibuang doktor.

Dia yang membahasakan dirinya, Hisham berkata, kejadian pada tengah hari Jumaat pada 2009 merubah kehidupannya dalam sekelip mata.




Katanya, ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Krai melalui Tanah Merah menuju Pasir Mas.
“Sebaik tiba di Kangkong, tiba-tiba, sebuah Honda Jazz dari arah Pasir Mas dipandu seorang warga Thailand cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun, gagal lalu bertembung motosikal saya.

“Akibat pertembungan itu, saya melayang ala ‘Superman’ sejauh dua meter dan melanggar sebatang pokok sebesar pemeluk di tepi jalan menyebabkan topi keledar dipakai terbelah dua. Akibat kemalangan itu, saya koma tiga bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), Kota Bharu,” katanya.
Katanya, sebaik sedar, dia hairan melihat pesakit lain termasuk pengunjung wad memandangnya, seolah-olah ada benda pelik berlaku ke atas dirinya.

“Saya meraba seluruh tubuh, namun, tiada yang ganjil sehinggalah saya memegang bahagian atas kepala dan terkejut apabila ada lekuk besar di situ.

“Saya minta ibu yang berada di sisi katil menghulurkan cermin dan sebaik memandang cermin, saya hampir ‘hilang akal’ kerana tidak menyangka kepala yang sebelum ini sempurna, kini cacat,” katanya.



Bagaimanapun, sebaik ditenangkan ibunya, Shamsiah Yatim, 57 dan ayahnya, Muhamad Mohd Noor, 52, barulah dia akur serta pasrah dengan takdir Ilahi.

Selain kehilangan separuh tempurung kepala, Hisham turut juling mata kirinya, namun, mengakui penglihatannya masih jelas.

Menurutnya, pertama kali keluar rumahnya sebaik dibenarkan pulang dari hospital, dia panik apabila anak jiran menangis ketakutan sebaik melihat kepalanya.

“Ketika itu, kepala saya botak menyebabkan ketiadaan tempurung kepala itu boleh dilihat dengan jelas,” katanya yang terkenal dengan gelaran Hisham Lekuk.

Mengenai kos rawatan bagi menggantikan tempurung kepalanya, Hisham menjelaskan, ibu bapanya yang bekerja kampung tidak mampu membiayainya kerana kos pembedahan agak tinggi iaitu antara RM8,000 hingga RM12,000, tidak termasuk kos perubatan.

P/S  : Hisham merayu sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi ayahnya menerusi talian 017-9335461.

oleh Hmetro sabtu 7.april 2012

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by MyEntry - Premium Blogger Themes | Bluehost Review