WAKTU SOLAT

Sunday 12 February 2012

APA ITU PAINBALL?



    Paintball adalah sukan  pertandingan,dalam pasukan atau individu, untuk menewaskan lawan melalui bidikan mereka dengan kapsul yang mengandungi pewarnalarut air  ( pallet )yang digerakkan dari peranti yang dipanggil paintball marker  (biasanya dirujuk sebagai pistol paintball). pallets bukan toksik, biodegradable , water solube meneral oil. Permainan ini kerap dimainkan di peringkat sukan ,pertandingan yang dianjurkan melibatkan liga di seluruh dunia, kejohanan, pasukan profesional,dan pemain.  Teknologi Paintball juga digunakan oleh tentera,penguatkuasaan undang-undang dan pertubuhan keselamatan untuk  latihan ketenteraan,    mengawal rusuhan, dan pelemah bagi suspek berbahaya.


















Permainan dimainkan di  luar atau di dalam kawasan yang berlainan saiz. Sebuah padang (medan pertempuran) dengan kawasan semulajadi atau tiruan, yang digunakan pemain sebagai perlindunan taktikal. 

Peraturan untuk bermain paintball berbeza,
1.  menangkap bendera
2.  habiskan peluru
3.  mempertahankan atau menyerang kawasan tertentu
4.  menangkap objek yang tersembunyi dalam kawasan permainan. 

 Di kebanyakan kawasan di mana permainan yang diselia haruslah memakai perlindungan lengkap terutama bahagian kepala termasuk leher.



















Antara Kaedah Paintball dimainkan :-
  • 1    Capture The Flag (TANGKAP BENDERA)
  • 2    Elimination (PENYINGKIRAN)
  • 3    Attack and defend ( MENYERANG DAN BERTAHAN )
  • 4    Protect the president ( MELINDUNGI KETUA)
  • 5    Defend the base ( MEMPERTAHANKAN KUBU)
  • 6    Rob the bank (ALA ROMPAKAN)
  • 7    Save the hostages (MENEYELAMAT TEBUSAN)
  • 8    Plant the bomb (PEMSANGAN BOB)
  • 9    Reincarnation (LAWAN SAMPAI HABIS PELURU/TIDAK MATI)
  • 10  Speedball
Permainan pertama27 Jun 1981, Henniker, New Hampshire, Amerika Syarikat

CIRI-CIRI

Contact : Tiada sentuhan fizikal antara pemain (sentuhan boleh menyebabkan penalti)

Ahli pasukan :  bergantung pada format permainan dan tahap permainan, rekreasi atau profesional (biasanya antara 5 & 7pasukan lelaki)

KETEGORI : Extreme ( INDOOR/OUTDOOR)


Maklumat lanjut anda bOleh klik >> SINI



 
















MYENTRI : UTAMAKAN KESELAMATAN DAN TEGASKAN/KETATKAN PERATURAN.

APABILA JIN ISLAM MERASUK

Kuliah Agama Daripada Jin Islam.





MyEntry kali ini memaparkan video yang di muat naik ke laman YouTube dari semuah rancangan television di tanah seberang (Indonesia) Trans7 dalam rancangan Dua Dunia rancangan yang mencari informasi mengenai mengapa sering terjadi perkara yang kita sering percaya dan ia tak seharusnya kita percaya.Saksikan video ini dan siri-siri lain anda boleh search sendiri di laman YouTube sendiri ....


MYENTRI : SYAITAN ITU AKAN MENGGODA DARI AWAL PERJANJIAN DENGAN ALLAH  SAAT ADAM A.S DICIPTA SEHINGGA BUMI INI HAMCUR (KIAMAT)

NAJIB VS SULTAN BRUNEI : ISU HUDUD





Assalamualaikum dan salam sejahtera... pertama sekali ingin di nafikan blog ini bukan blog politik... pandanglah atas dasar terbuka dan pandang dengar butir-butir kata kang keluar dari  mulut pemimpin ini...


apa komen anda?


video ini telah disunting dan dimuatnaik  di youtube pada 24 Dec 2011 


MYENTRY : TABIK PADA SULTAN BRUNEI, SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH HIDAYAH DARI ILAHI...

KEJADIAN KREN JATUH DI KUALA LUMPUR


10.2.2012.KUALA LUMPUR: Seorang pemandu nyaris maut selepas kren menghantar barang terjatuh menghempap empat kereta termasuk belakang keretanya dalam kejadian di Jalan Binjai Off Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ketika kejadian, lelaki itu yang memandu Toyota Harrier dalam perjalanan ke KLCC untuk mengambil majikannya apabila tiba-tiba melihat sebuah kren menghantar barang pembinaan dari bangunan pejabat 35 tingkat jatuh menghempap beberapa kereta di kawasan itu termasuk Proton Wira, Proton Satria dan Perodua Kelisa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai, Eric, 50, berkata ketika memandu sendirian berhampiran tempat kejadian, dia mendengar bunyi kuat dan melihat objek jatuh.

“Jatuhan pertama terkena sebuah kereta lain dan saya sempat mengelak, namun jatuhan besi kedua terkena tengah-tengah kereta saya.

“Akibat kejadian itu, kereta saya rosak teruk, namun bersyukur kerana tidak cedera,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia keluar menyelamatkan diri dan meninggalkan kereta di kawasan kejadian.

Seorang saksi yang juga pengawal keselamatan sebuah hotel berdekatan, Mohamad Noor Ibrahim, 50, berkata ketika menjalankan tugas di depan hotel, dia dikejutkan dengan bunyi kuat berserta jatuhan objek besi menghempap beberapa kereta.

Katanya, sebelum kejadian, dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta untuk merokok dan lima minit kemudian tren itu terjatuh. << LELAKI INI BERNASIB BAIK

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, jatuhan kren itu menyebabkan empat kereta rosak teruk termasuk sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.

Katanya, bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.23 tengah hari dan 15 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Pudu bergegas ke tempat kejadian.

“Kami masih menyiasat punca kejadian dan ketinggian jatuhan kren itu,” katanya.

Akibat kejadian itu, jalan di kawasan terbabit ditutup beberapa jam untuk proses pembersihan dan dibuka semula jam 5 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

Gambar Kejadian Kren Jatuh
By Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur































MYENTRY: SYUKUR TIADA KEMALANGAN JIWA

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by MyEntry - Premium Blogger Themes | Bluehost Review