WAKTU SOLAT

Saturday, 14 January 2012

SABAK BERNAM ITU KAMPUNG KU

Gambar sebelum

Gambar selepas beberapa tahun
Dirumah ini aku dbesarkan kini rumah ini sudah di renovate  post gambar baru esok la.. nak balik kg ni.. hehehe...

Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri SelangorMalaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeriPerak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timurKuala Selangor diselatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan SabakSungai Besar dan Sekinchan.
Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni 'sahabat berenam'.
Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padikelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebunkoko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by MyEntry - Premium Blogger Themes | Bluehost Review